Select Page

Negara China adalah sebuah negara besar dengan keluasan 9.6 juta meter persegi dan populasi penduduk berjumlah 1.3 bilion. China telah muncul sebagai pengilang dan pengeluar barangan antara yang terbesar di dunia sejak 30 tahun yang lalu. Pembangunan yang pesat dan pantas di China telah menjadikannya sebagai destinasi utama bagi syarikat-syarikat pengimport perabot di seluruh dunia.

Walaupun begitu, kita sering kali mendengar beberapa tanggapan orang ramai mengenai perabot buatan China.

1. Perabot Buatan China Murah

Ya, di peringkat awal disebabkan oleh populasi penduduk yang amat besar, kos buruh di China adalah murah berbanding negara-negara membangun yang lain. Ini membolehkan pengilang menawarkan perabot dengan harga yang lebih rendah.

Walaupun begitu, tanggapan sesetengah pihak bahawa kebanyakan syarikat perabot seluruh dunia memilih untuk mengimport perabot buatan China semata-mata kerana harga yang murah adalah kurang tepat. Ini adalah kerana ianya bukan sahaja murah, tetapi juga disebabkan perabot yang berkualiti tinggi (high-end furniture) dan mewah pada harga yang berpatutan.

2. Perabot Buatan China Tidak Berkualiti

Terdapat lebih 1 juta kilang di China. Tidak dinafikan memang terdapat kilang yang menghasilkan perabot berkualiti rendah. Tetapi suasana pada hari ini telah berubah. Dianggarkan sekurang-kurangnya 90% kilang perabot di sana menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Mereka telah menaiktaraf teknologi pembuatan di kilang, mesin, bahan dan pekerja yang terlatih. Malah ramai di kalangan pelancong luar yang datang ke China sekadar untuk membeli perabot sahaja!

3. Perabot Buatan China Tidak Kompetatif

Kos operasi dan pengilangan di China telah meningkat sejak akhir-akhir ini susulan kenaikan kos bahan dan buruh – perbezaan yang ketara berbanding 10 tahun yang lalu. Senario ini menyebabkan kenaikan harga perabot buatan China. Didapati sebahagian syarikat pengimport telah mengalihkan perhatian ke negara-negara pengeluar perabot di Asia Tenggara seperti Vietnam dan Malaysia untuk mendapatkan harga perabot yang lebih murah.

Adakah ini bermaksud perabot buatan China kini tidak lagi kompetatif di pasaran? Kami tidak rasa begitu. China adalah negara pengeluar utama perabot di dunia sejak puluhan tahun yang lalu dengan teknologi dan rangkaian perniagaan yang kukuh. Buat masa ini, rasanya belum ada mana-mana negara di Asia Tenggara yang setanding China. Perabot buatan China yang berkualiti masih boleh dimiliki pada harga yang berpatutan, menjadikan ianya kekal kompetatif di pasaran.